Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms

Utama Biodata Kajian Buku Pelawat Forum FAQ Tips Photos
Sumbangan daripada awe14
Pilihan tanah penentu kesuburan tanaman

.......................................
RAMAI di kalangan kita mengambil mudah cara menanam pokok tanpa mengambil kira jenis tanah, baja dan waktu menanam. Mereka menjangka pokok akan tumbuh dan membesar di mana saja ditanam.

Sebenarnya, ada teknik menanam yang harus diikuti bagi memastikan pokok tidak terbantut atau tiba-tiba layu dan mati. Salah satu cara ialah memilih tanah yang sesuai.

Membuat campuran tanah bukanlah sesuatu yang menyukarkan kerana ia ringkas dan tidak memerlukan tenaga yang banyak, namun hasil yang diperoleh adalah satu campuran sempurna yang dapat membekalkan segala keperluan untuk pokok bagi tumbesarannya.

CAMPURAN tanah yang
boleh dibeli di pusat
semaian.

Sukatan untuk bahan utama dalam campuran tanah ialah ukuran isipadu (volume), iaitu berdasarkan bekas takungan yang diguna. Untuk baldi yang sederhana besar, campuran tanah yang dihasilkan dapat menampung untuk mengisi 20 hingga 25 pasu yang berukuran 30 sentimeter.

Selain daripada takungan, alatan yang diperlukan dalam menyediakan campuran tanah ialah sudip tanah atau dust pan. Kedua-dua alat ini berguna bagi memudahkan kerja. Asas campuran tanah pasuan mempunyai sukatan seperti berikut:

3 bahagian tanah lom
2 bahagian bahan organik
1 bahagian pasir

Baja Asas
50 hingga 100 gram baja organik NPK 8:8:8
50 hingga 100 gram kalsium (Dolomite)

Sukatan bagi baja asas adalah mengikut bekas yang digunakan. Bagi sukatan yang diberi ia sesuai untuk takungan berupa baldi sederhana (4 gelen).

Cara mencampur:
Sebelum memulakan tugas, cari satu tempat yang rata seperti permukaan simen atau di atas papan lapis (plywood) untuk memudahkan kerja mencampur.
Caranya adalah seperti berikut:

1. Sukat tiga bahagian tanah lom dan ratakan. Ketepikan segala ketul-ketul besar tanah dan bahan luar yang tidak dikehendaki.
2. Selepas itu sukat dua bahagian bahan organik dan diratakan di atas tanah supaya berlapis.
3. Sukat pula satu bahagian pasir dan diratakan di atas bahagian organik dan masih berlapis.
4. Akhir sekali sukatkan kedua-dua baja asas dan ditabur rata di atas pasir.
5. Selepas selesai mengatur bahan utama secara berlapis, bolehlah dimulakan mencampur bahan itu menggunakan ceduk (dust pan) secara berbalik-balik dari kanan ke kiri lebih kurang tiga kali.

Campuran tanah yang sudah digaul boleh diguna serta merta dan jika hendak disimpan bolehlah dimasukkan ke dalam guni atau bekas. Elakkan campuran terkena air kerana ia akan merosakkan gemburan tanah.

Ada juga yang menanam pokok pada waktu pagi sebelum mata hari memancar terik. Memang benar, pagi adalah waktu yang sesuai manakala waktu tengah hari dan petang tidak digalakkan menanam pokok kerana dikhuatiri daunnya cepat layu.


Namun, jika mahu menanam juga, setelah menanam, pokok harus disiram segera dan dilindungi dan penudung sama ada kertas, daun pisang atau plastik agar kemasukan cahaya matahari tidak terlampau kuat.

Nilai :





Ulasan :
Nama :
Analisa Penilaian | Kembali Ke Utama

Laman ini masih diperingkat awal pembinaan. Harap maklum.
Sebarang pertanyaan, sila email ke Zumaidi Zainuddin © 2002